profile entries follow
Sekolah ? School ? Hmm
Posted on 09 June 2012 at Saturday, June 09, 2012 | 0 phobia(s)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera peeps , readers . Malam ni hujan . Agak lebat lahh jugak . Orang kata , hujan tu rahmat . Kita kena lahh bersyukur dengan nikmat Allah . Tapi zaman sekarang ni pelik sikit , masa panas mintak hujan . Time hujan pulak marah-marah . Hmm , tak payah cakap orang lain lahh , Jihah pon sama je . Nak buat macam mana kan ? Ikut keperluan masing-masing jugak . Susah nak kawal nafsu marah , susah sangat :'(



Hmm , malam ni malam last Jihah dekat rumah . Mungkin bukan untuk Jihah sorang je , budak hostel pon sama . Kita senasib kan ? T_____T Niat penting dalam hati , pergi sekolah untuk belajar , dapat kan ilmu , dapat kan keberkatan . Tanpa keberkatan , tak kemana nya kita . Tinggal lahh semua kemewahan , kesenangan dekat rumah . Dengan satu misi , berjaya dunia dan akhirat , amin . 

Kenapa ya malam ni Jihah rasa hiba sangat ? Rasa muram , suram semua perasaan bercampur baur dalam hati ni . Maybe bukan Jihah je yang rasa macam ni , korang pon mesti ada kan ? Mana tak nya , cuti sekolah yang dua minggu ni dah nak habis . Lepas ni , menghadap lagi buku-buku teks , homework setinggi everest . Okay , hiperbola melebih . 

Tapi , tapi , tapi , ada lahh jugak terselit perasaan excited lebih kurang 0.01% daripada 100% . Sebab apa ? Dapat jumpa kawan-kawan . Mana tau , ada yang baik hati . Dapat ole-ole masa holiday hari tu . Siapa tau kan ? haha . Yeahh , friends . I miss them alot . Lagi lahh , classmates Jihah ramai yang pindah , tak sebut batchmate lagi , hmm  entah lahh . Duduk kelas bunyi cengkerik je :'(

Malam ni , meratap lahh sepuas hati . Lepas ni dah tak boleh nak online berjam-jam . Dengar lagu kuat-kuat . Texting 24/7 . Takde dah semua tu . Okay , untuk yang tak duduk hostel memang lahh awesome, tapi korang pon mesti sedih jugak kan ? Mana tak nya , lepas ni kena pergi sekolah , belajar balik . haha , belajar ? okay ...... belajar T______T




Dah lahh , Jihah malas nak menaip panjang-panjang . Apa yang nak disesalkan lagi ? Nasi dah jadi bubur . Masa tak boleh diundur semula . Cuma satu je harapan Jihah . InsyaAllah , masuk penggal kedua sekolah ni Jihah nak belajar betul-betul . Jihah nak berjaya . Korang nak berjaya jugak kan ? Kita bangga kan parents kita ya ? Titik peluh diorang jaga kita dari kecil sampai sekarang ni kita mesti bayar balik . Cukup lahh sekadar berjaya dalam kehidupan , parents mesti bangga . Mesti rasa dia dihargai .

Belajar elok-elok ya korang . Jihah tau , bukak sekolah nanti semua tulisan cakar ayam . Cuti ni dok asyik mengetuk keyboard je . hahaha . Kita struggle sama-sama . Kita naikkan nama kita , nama Melayu dan yang paling penting sekali nama ISLAM . AllahuAkbar :')





Tu je lahh , ambil ikitibar . Even tak banyak , sikit pon jadi lahh . Jihah mintak maaf kalau ada terkurang dalam entry time ni . Mungkin agak suram , tapi penuh dengan semangat . 

"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya."

Till next , Assalamualaikum and good night :)


FUTURE
PAST